Friday, January 2, 2009

Tahniah Cahayamata Baru



Tahniah kepada Pn Norhazamimi (Unit Kewangan PKICT) kerana dikurniakan puteri sulung beliau, diberi nama Nur Adlina Maisarah.
Semoga sihat wal afiat dan dilindungi Allah sentiasa.

Al-Fatihah


Ayahanda kepada Cik Jawati bt Jantan (PKICT) telah kembali ke Rahmatullah pada 31 Disember 2008 kerana beberapa komplikasi berkaitan dengan usia tua.
Semoga roh almarhum tergolong dalam golongan orang-orang soleh.
Semoga Allah mengurniakan kesabaran kepada Cik Jawati sekeluarga.
Al-Fatihah.

Selamat Pulang Tetamu Allah

Dua daripada tiga orang warga BPSH yang menunaikan fardu haji telah selamat pulang. Mereka adalah Tuan Hj Mohd Aladin dan Tuan Haji Abdullah Zubir.
Tuan Haji Mohamad Toha insya-Allah akan sampai dalam masa terdekat.

Semoga mendapat haji mabrur semuanya insya-Allah.

Kenduri, Kenduri, Kenduri

Walimatul Urus Anakanda Puan Maznun & En Harun

Walimatul Urus Anak-anak En Mohd Shoib

Walimatul Urus Anak Pn Faridah Hashim


Pada penghujung tahun 2008 ini, ramai kakaitangan BPSH yang melangsungkan perkahwinan anak-anak. Antaranya:
a) Puan Faridah Hashim
b) Puan Faridah Baharin
c) Puan Maznun Mohd Isa
d) En Mohd Shoib Ibrahim

Selamat menyambut menantu dan semoga cepat menjadi datuk hakiki..!


Friday, December 19, 2008

Perhimpunan Bulanan BPSH

Pada 19 hb Disember 2008 Bahagian Pengurusan sekolah Harian Membuat Perhimpunan Bulanan di bilik mesyuarat Kemboja pada pukul 3.00 petang.Semua Sektor turut hadir. Dalam mesyuarat tersebut membentangkan beberapa topik, salah satu daripadanya ialah cuti tahunan. Mesyuarat ini diketuai oleh Tuan Hj Mustaffa bin Sidi,KPP BPSH. Mesyuarat tamat pada pukul 4.25 petang.

Thursday, October 23, 2008

Majlis Bacaan Yasin Untuk Bakal Haji



Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bersempena keberangkatan warga BPSH ke Tanah Suci Mekah telah diadakan pada hari Jumaat 24 Oktober 2008. Majlis diadakan di surau BPSH. Y.Bhg Pengarah BPSH juga turut hadir dan memberi ucapan mewakili semua warga BPSH.
Tahun ini, 3 orang warga BPSH telah menerima seruan haji. Mereka ialah:
  1. En Mohd Aladin bin Awang Ngah (PKICT)
  2. En Mohd Toha bin Mohd Ali (Dasar)
  3. En Abdullah Zubir bin Othman (Rendah)
Semoga memperoleh haji mabrur insya-Allah!

Hari Keluarga BS/BPSH

Sila klik pada logo sound di sudut atas kiri gambar untuk mendengar muzik

Hari Keluarga BS/BPSH telah berjaya dijalankan pada 18 Oktober 2008 di Desa Waterpark. Lebih 200 orang yang terdiri daripada warga BS/BPSH beserta keluarga telah memeriahkan Hari Keluarga kali ini.

Acara dimulakan dengan ucapan Pengerusi BKS seterusnya diikuti dengan ucapan perasmian oleh Y.Bhg Pengarah BPSH, Tuan Hj Zulkifly bin Mohd Wazir. Majlis perasmian juga telah diserikan dengan demontrasi Silat Gayung, dengan persembahan khas oleh Tn Hj Anuar, KPP SPPK. Rupa-rupanya beliau merupakan 'orang besar' silat gayung di Malaysia, kalaupun tidak di Nusantara. Dengan menggunakan kain pelikat sahaja, beliau berjaya menumpaskan lawannya sehingga tak bangun-bangun terus!
Permainan 'telematch' untuk anak-anak serta keluarga juga tidak kurang hebatnya. Semua anak-anak dapat hadiah, itu prinsip asas Hari Keluarga kali ini. Hinggakan baby besar tapak tanganpun dapat hadiah.
Gelagat yang paling menyerlah pada hari itu ditunjukkan oleh duet Timbalan Pengarah, Hj Ibrahim dan Tuan Abdullah. Entah berapa belas kali mereka berdua panjat gelongsong air pakai pelampung besar. Hebat!
Pujian juga harus diberi kepada En Abdul Rahim Othman yang bertindak sebagai pengerusi pada hari itu. Celoteh beliau menyebabkan semua orang tidak kering gusi, ditambah pula dengan topi beliau yang istimewa itu.
Secara keseluruhannya, semua yang datang nampaknya seronok, terutamanya anak-anak. Semoga tahun depan, BKS dapat anjurkan Hari Keluarga yang lebih gah dan meriah lagi insya-Allah.